Kursus Asas Keusahawanan Digital Siri 2/2019

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kg Bako dengan kerjasama Pusat Internet PPR Taman Dahlia dan Pusat Internet PPR Taman Malihah sebagai tenaga Pengajar telah mengadakan "Kursus Online Marketing" / Asas Keusahawanan Digital.

Seramai 14 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PBB dan orang kampung hadir di Kursus Keusahawanan Digital di Pusat Internet Kampung Bako Hulu.
Kursus Keusahawanan Digital merupakan inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dalam melahirkan lebih ramai usahawan dan sekaligus memperbanyakkan produk keluaran usahawan DUN Demak Laut.

Tempat : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Bako
Masa : 8:00 pagi - 05:00 petang

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menggalakkan golongan wanita untuk menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga. Melalui kursus ini juga, peserta didedahkan dengan penggunaan internet bagi mempromosikan perniagaan.
Selain daripada itu, para peserta juga diberi sedikit penerangan mengenai fungsi dan pengenalan kepada Pusat Internet.
Tenaga Pengajar terdiri daripada:
1) Pusat Internet Kg Bako
2) Pusat Internet PPR Taman Dahlia
3) Pusat Internet PPR Taman Malihah
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
1) Cara membuat Email
2) Cara membuat dan menggunakan Facebook page
3) Membuat Logo perniagaan
4) Cara pengambilan gambar produk yang betul
5) Cara mempromosikan perniagaan secara atas talian

Semoga ilmu yang dikongsi bersama bermanfaat buat semua peserta Kampung Bako Hulu dan maju jaya dalam bidang keusahawanan kelak


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali